Thursday 25 December 2014

RUJUKAN: HUKUM PELABURAN ASN/ASB

Rujukan: HUKUM PELABURAN ASN/ASB

Sebelum berbincang lebih lanjut, sebagai permulaan amat bagus sekiranya kita dapat memahami perbezaan peranan, metodologi dan autoriti antara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, dgn Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain itu, pendirian PNB dalam pengurusan pelaburan ASN & ASB juga diperjelaskan.


 a. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

  • Peranan:  Ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja, merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum2 dan apa2 perkara berkenaan dgn agama Islam, yg bersifat nasional yg melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.
  • Metodologi:  Sebagai badan pengeluar hukum, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah istinbat yang muktabar dalam membuat keputusan dengan bersumberkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar’iyyah. Melihat ruang lingkup yg luas dan menyeluruh bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam, serta mengelakkan kemudharatan yg lebih besar terhadap sosio-ekonomi umat Islam.
  • Autoriti: Badan pengeluar hukum yg diberi autoriti oleh Ulil Amri.
b. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Peranan: Badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah (bukan hukum atau fatwa) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti.
  • Metodologi: Mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan. Sebagai contoh, tanda aras lima peratus (5%) diguna pakai bagi perniagaan perjudian dan perbankan konvensional, dan tanda aras 20% diguna pakai bagi perniagaan pembrokeran saham dan operasi hotel serta rumah penginapan. Untuk tanda aras nisbah kewangan, nisbah 33% diambil kira sebagai tanda aras.
  • Autoriti: Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) sebagai satu badan yg diberi mandat bagi memastikan Pasaran Modal Islam di negara ini mematuhi prinsip syariah.
 Pemahaman lanjut berkenaan perbezaan skop antara Jawatankuasa Fatwa  Kebangsaan dgn Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.




  •   Sebagai badan berautoriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah, Suruhanjaya Sekuriti mengambil pendekatan yang objektif dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh syariah berasaskan tanda aras yang telah ditetapkan, tanpa dipengaruhi elemen-elemen lain seperti siasah syar’iyyah, keperluan dan maslahat umum.
  • Justeru, Suruhanjaya Sekuriti tidak membuat sebarang pengecualian terhadap sekuriti yang tidak menepati tanda aras mereka. Oleh yang demikian, apabila skim pelaburan ASB dan ASN didapati tidak mematuhi tanda aras sebagaimana ditetapkan, ia tidak disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai patuh syariah.
  • Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam keputusannya tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama’i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini.
c. Pendirian PNB dalam pengurusan pelaburan ASN & ASB 
  • PNB sebagai sebuah instrumen kerajaan yg mempunyai peranan utk membangunkan masyarakat Bumiputera majoriti beragama Islam di negara ini.
  • Oleh yg demikian, PNB telah mendapatkan pandangan dan nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, yg merupakan badan tertinggi di negara ini yg bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan penyelarasan hukum dalam isu2 yg bersifat nasional yg melibatkan maslahah ummah (seperti pelaburan ASN dan ASB ini) - pendekatan yg diambil dari sudut hukum adalah lebih menyeluruh dgn mengambilkira kepentingan ummah dan negara secara keseluruhannya. 
  • PNB mempunyai Majlis Penasihat Syariahnya yg tersendiri (yg terdiri daripada pakar2 dan ulama2 berwibawa tanpa terikat dgn garis panduan atau metodologi yg berbeza) bagi memberi nasihat dan pandangan mengenai urusan berkaitan pelaburan unit amanah.
  • PNB memfokuskan pelaburannya terhadap sektor2 strategik yg telah dikenalpasti seperti perbankan dan perkhidmatan kewangan, automotif dan hartanah. Sektor2 strategik ini merupakan sektor yg berkepentingan kepada negara, terutama kepada masyarakat Bumiputera yg beragama Islam. Risiko dan pulangan juga penting utk dinilai sebelum pelaburan dibuat. Namun demikian, sekiranya pulangan yg dijanjikan adalah tinggi, tetapi tidak mempunyai keperluan strategik khususnya kepada masyarakat Bumiputera juga bertentangan dgn aspek Agama Islam, PNB tidak akan melabur dalam sektor2 tersebut. Cthnya seperti industri perjudian dan arak. 
  •  Falsafah pelaburan PNB adalah tidak melabur dalam syarikat yg menjalankan aktiviti utama yg bertentangan dgn Syariah, seperti syarikat2 yg terlibat secara langsung dgn kegiatan arak, judi, daging babi dan pelacuran.
 
1. Berikut adalah rujukan website berkenaan Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. Berikut adalah surat daripada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) kepada sebuah bank tempatan, bertarikh 12 Februari 2009, berkenaan ASB. Surat ini memaklumkan bahawa: 
  • Skim ASB ASN tidak mematuhi garis panduan yg diijtihadkan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. (mereka tak kata tak patuh syariah ataupun haram)
"ASB schemes DO NOT COMPLY WITH THE SC GUIDELINES ON ISLAMIC UNIT TRUST FUNDS"

3. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Disember 2009 telah membincangkan hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah diharuskan. Perhatikan hujah no.2 berkaitan dgn melabur dalam syarikat/dana yg mempunyai asset bercampur:
Pelaburan skim-skim ini dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Hukum berurusan dengan orang yang mempunyai harta yang halal lebih banyak daripada yang haram adalah harus. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berurusan dengan orang Musyrikin yang mereka maklum tidak meninggalkan perkara yang haram sama sekali. Sementara bermuamalat dengan orang yang memiliki harta haram lebih banyak dari yang halal adalah makruh selama tidak diketahui atau tidak ditentukan Ain yang haram tersebut.

4. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dalam isu pelaburan dalam saham ASN, ASB. (iaitu harus). Perhatikan kenyataan mereka dalam hujah no.3 berkaitan ijtihad yg dibuat MPS Suruhanjaya Sekuriti:
Isu ini juga bersifat ijtihadi khususnya bagi penentuan peratus keharaman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Khilaf yang berlaku ini menyebabkan wujudnya sedikit keringanan di dalam sesuatu hukum yang diputuskan.
Rujukan: Negeri Sembilan

5. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Rujukan: Majlis Fatwa Kebangsaan
Rujukan 2 (2014)
Rujukan 3 (2014)

6. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.
Rujukan: Selangor

7. Fatwa bagi Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan bahawa: Keuntungan/Dividen Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah haram kerana pelaburan terbesarnya adalah Bank Ribawi. 
Rujukan: Pulau Pinang 

*As of 31 Dis 2016, Nilai Asset ASB dalam Maybank, CIMB dan Public Bank, tak sampai 30%. 



Rujukan: 2016 ASB Annual Report (ms 56)

8. Bagi fatwa negeri Pahang, setelah dibincangkan, mesyuarat bersetuju memutuskan hukum pelaburan di dalam Amanah Saham Nasional dan seumpamanya adalah haram (disebabkan oleh pelaburan ASN/ASB dalam aktiviti perbankan melebihi tanda aras yg diijtihadkan oleh MPS SC) sehingga pelaburan Amanah Saham Nasional didalam aktiviti perbankan menepati kehendak dan syarat pelaburan menurut syariah seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Berikut adalah garis panduan tanda aras yg dikeluarkan oleh MPS SC.
Rujukan: Pahang 

9. Setelah meneliti draf pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengenai Amanah Sham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra, mesyuarat telah membuat beberapa pembetulan adalah sebagaimana dalam lampiran berkembar. Berdasarkan kepada nas-nas daripada fuqaha Islam sebagaimana yang dipetik dan disenaraikan itu dan juga keadaan yang diamalkan oleh Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra yang didapati tiada tempat yang nyata haramnya kecuali di dalam institusi kewangan yang dianggapkan ada syubahah di dalam Islam maka Jawatnkuasa Fatwa berpendapat melabur di dalam Skim Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra adalah tidak haram. 
Rujukan: Terengganu 

10. Fatwa bagi WPKL, hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Skim yang seumpamanya berserta dengan dividen dan bonus yang diterima daripada pelaburan tersebut adalah harus.
Rujukan: WPKL 

 
PERBINCANGAN

Utk memahami isu ini, sila rujuk kepada sumber primernya, iaitu Fatwa Negeri Selangor sendiri. Apa kata fatwa Negeri Selangor berkaitan pelaburan ASB ini?

Lihat hujah no.1: ASN dan ASB terlibat dalam aktiviti pelaburan yg bercampur antara patuh syariah dgn tidak patuh syariah. 
Lihat hujah no.3: Sumbangan kepada tidak patuh syariah terbesar. (dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti).

Asas fatwa Negeri Selangor ini adalah berdasarkan Garis Panduan yg dibangunkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) sendiri.


Tapi, sila lihat apa pendirian MPS SC berkenaan pelaburan yg bercampur2 antara patuh syariah dan tidak patuh syariah: Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, 2006, muka surat 169-170.
MPS SC sendiri mengakui hukumnya adalah HARUS!

Berikut adalah perbincangan berkenaan pelaburan dalam syarikat bercampur, oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. ms 173-175.

Perhatikan lagi, hujah hadith yg digunakan dalam Fatwa Negeri Selangor berkenaan pelaburan yg bercampur2 ini (oleh Al Suyuti) dibalas hujah oleh MPS SC (muka surat 173)
Makanya, tiada isu dalam pelaburan yg bercampur.

Isunya di sini, adalah - dana2 ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional (Maybank) melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Sila fahamkan: Penanda aras yg dibangunkan oleh MPS SC adalah bersifat kuantitatif, yg tujuannya adalah utk memudahkan usaha menyaring syarikat2 yg disenaraikan di Bursa Malaysia. Tanda aras tersebut adalah berasaskan kepada ijtihad Suruhanjaya Sekuriti yang bukan bersifat qat’ie dan statik. Ia boleh berubah dengan berubahnya ijtihad. Bahkan, tanda aras tersebut baru sahaja dibuat perubahan pada tahun 2013, di mana sebelum itu tanda aras yang diguna pakai untuk aktiviti perniagaan adalah 5%, 10%, 20% dan 25%, dan tidak mengambil kira nisbah kewangan.


Oleh itu, jika tidak menepati garis panduan penanda aras yg ditetapkan oleh MPS SC, tidaklah ia menjadikan hukum melabur dalam ASB menjadi haram. Lagipun, bukanlah tugas MPS SC utk mengeluarkan sesuatu hukum.

Perkara yg melibatkan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, yg mana ia dinilai dari sudut yg lebih meluas dan menyeluruh, berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama’i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam keputusannya tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama’i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini. Dalam hal ini, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah:

“... PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam”.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga menimbang faktor maslahat dan mudarat yang dijangka berlaku kesan daripada hukum yang dikeluarkan. Antara lain:

“... Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas”.

Mengapa PNB perlu mengekalkan pegangan ekuiti dalam Maybank?

a.  Bagi mengekalkan kepentingan strategik Bumiputera dalam ekonomi negara, PNB perlu mempunyai pegangan dalam sektor perbankan negara. Pegangan PNB dalam Maybank (bank terbesar negara) akan dapat memastikan kepentingan dan keperluan masyarakat Bumiputera terhadap keperluan perbankan di negara ini dijaga dan dilindungi.

b. Pada masa ini, tiada bank berasaskan Islam yg mempunyai saiz sebesar Maybank, yg boleh menggantikan Maybank dalam portfolio pelaburan ASNB.

c. Transaksi harian unit amanah ASNB adalah sgt besar, dan hanya bank yg berkapasiti tinggi mampu mengendalikannya. Pada ketika ini, hanya Maybank dan 2 bank lain menjadi ejen transaksi bagi mengendalikan urusan jual beli harian operasi unit2 amanah ASNB. Untuk menggantikan ketiga2 bank berkenaan dgn 2 bank Islam tempatan yg ada di negara ini ketika ini adalah sukar - kerana kedua2 bank tersebut tidak mempunyai rangkaian dan kapasiti yg diperlukan utk mengendalikan urusan transaksi harian ASB/ASN yg bersaiz besar (sehingga April 2014, semua dana unit amanah ASNB mempunyai seramai 11.9 juta pelabur).

Kekeliruan ini berlaku disebabkan Fatwa Negeri Selangor yg mengambil secara terus garis panduan penanda aras yg dibangunkan oleh MPS SC - yg mana ia bukan bersifat qat’ie dan statik. Ia boleh berubah dengan berubahnya ijtihad.

Pada dasarnya: Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), bersama Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan negeri2 spt Kelantan, N9, Terengganu, WPKL telah bersetuju bahawa hukum melabur dalam syarikat bercampur itu adalah HARUS. Tetapi bagi memudahkan usaha menyaring syarikat2 yg disenaraikan di Bursa Malaysia, pihak MPS SC telah berijtihad berkenaan dgn % percampuran yg dibenarkan.

ASB tidak menepati tanda aras yg diijtihadkan oleh MPS SC. Dari segi hukum, adalah HARUS melabur dalam syarikat/dana yg terlibat dalam aktiviti bercampur.

Setakat ini, 8 buah negeri telah mengeluarkan fatwa mengharuskan pelaburan dalam ASN & ASB kecuali Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.  Manakala negeri2 yg belum memfatwakan hukum pelaburan ASN & ASB adalah Johor, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak - dimana mereka menggunakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yg diputuskan pada 2008.  

12. Berikut adalah info FAQ Hukum Pelaburan ASN & ASB yg dikeluarkan oleh JAKIM.

13. Berikut adalah Penjelasan Hukum Pelaburan ASB dan ASN oleh JAKIM.

14. Berikut adalah keratan akhbar berkenaan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

15.Berikut adalah keratan akhbar berkenaan hukum pelaburan ASN/ASB dalam akhbar-akhbar tempatan.

16. Berikut adalah Rancangan Fikrah yg bertajuk ASN/ASB dari perspektif Majlis Fatwa Kebangsaan, yang telah disiarkan secara langsung di RTM1 pada 21 Februari 2014.

17. Penjelasan Halal Haram ASN&ASB oleh Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

18. Hukum Pelaburan ASB dari pandangan Dr Mahmood Zuhdi.

19. Perbincangan Meja Bulat yang berlangsung selama hampir dua setengah jam antara Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) selaku badan pengeluar dan penyelaras hukum di peringkat kebangsaan telah diadakan dengan pihak pengurusan tertinggi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama Majlis Penasihat Syariah PNB serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) - telah membincangkan secara serius isu yang berlaku. Di peringkat agensi, semua pihak memahami dengan jelas peranan masing-masing dan kedudukan hukum isu ASN dan ASB ini juga dilihat dari perspektif yang berbeza, dan tidak timbul dakwaan yang mengatakan bahawa SC lebih berautoriti dalam mengeluarkan hukum ASB dan ASN ini, hanya pihak-pihak tertentu yang memprovokasikan isu ini.



Klik di sini utk memuat turun Kompilasi Panduan Hukum Pelaburan ASB & ASN (download)

No comments:

Post a Comment