Friday 31 March 2017

ASBF & AMORTIZATION

ASBF & AMORTIZATION

ASBF menggunakan konsep loan amortization dalam mekanisme bayaran balik pinjaman. Apakah loan amortization?

CONTOH 1:
Jumlah pinjaman (P): RM200k
BR: 4% (CIMB)
Interest: BR+1.2 (5.2%)
Tempoh pinjaman: 30 tahun

M = P * ( J / (1 - (1 + J)^ -N)).
= RM 1098.22 sebulan

(DOWNLOAD)

Untuk meminjam RM 200k (dengan interest sebanyak 5.2%) selama 30 tahun, kita perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 1098.22 sebulan (dalam kiraan ASBF sebenar, jumlah ansuran bulanan adalah termasuk insurans yg mana tidak dimasukkan dalam kiraan ini)

Secara mudahnya, daripada jumlah bayaran RM 1098.22 sebulan itu, loan amortization menerangkan bagaimana nilai RM 1098.22 itu diagihkan kepada interest dan principal, sehingga baki principal menjadi 0 (yg bermaksud loan habis dibayar). Principal adalah jumlah yang kita bayar untuk mengurangkan baki pinjaman. Manakala interest adalah kadar keuntungan yang dikenakan oleh bank kepada kita.Interest adalah milik bank, dan principle adalah milik kita.  Kalau kita nak terminate LASB, bank yg akan pulangkan duit kepada kita (nilai principal yg telah kita bayar kepada bank). 

LOAN AMORTIZATION:
Establishing a series of equal monthly payments that will provide the lender with:
1) interest based on each month's unpaid principal balance
2) principal repayments that will cause the unpaid principal balance to be zero at the end of the loan.

While the amount of each monthly payment is identical, the interest component of each payment will be decreasing and the principal component of each payment will be increasing during the life of the loan.





DARIPADA GAMBAR DI ATAS, KITA DAPAT LIHAT:
1. Total loan payment dalam sesuatu bulan itu adalah hasil tambah Interest Payment dan Principal Payment

2. Dalam bulan pertama: Bayaran loan bulanan ke bank RM 1098.22 itu adalah hasil jumlah daripada Interest Payment RM866.67 (RM200K X 5.2% X 1/12), dan Principal Payment RM231.56 (RM 1098.22 - RM866.67). Selepas bayaran pada bulan pertama dibuat, baki principal adalah RM 199 768.44 (RM200K - RM231.56).

3. Dalam bulan kedua: Bayaran loan bulanan ke bank RM 1098.22 itu adalah hasil jumlah daripada Interest Payment RM865.66 (RM 199 768.44 X 5.2% X 1/12) dan Principal Payment RM232.56 (RM 1098.22 - RM865.66). Selepas bayaran pada bulan kedua dibuat, baki principal adalah RM 199 535.89 (RM 199 768.44 - RM 232.56).

4. Pada bulan ke-360, jumlah bayaran bulanan sebanyak RM 1098.22 itu adalah hasil jumlah daripada Interest Payment RM4.74 (RM 1093.48 X 5.2% X 1/12) dan Principal Payment RM1093.48 (RM1098.22 - RM4.74)

5. Selepas bulan ke-360, baki principal menjadi 0. (bererti loan sudah settled). Dgn kata lain, pinjaman RM200k itu telah diamortizedkan dalam tempoh 30 tahun.


BERIKUT ADALAH GRAF INTEREST vs PRINCIPAL:



Pada graf ini kita dapat lihat: Pada peringkat awal, bayaran interest sememangnya lebih tinggi daripada nilai principal, tetapi ia semakin berkurang apabila tempoh masa semakin lama. Bayaran interest lebih kurang sama dgn nilai principal (breakeven) pada tahun ke-17, bulan ke 201. Selepas daripada ini, nilai principal adalah semakin tinggi berbanding bayaran interest.

APA PENTINGNYA KITA MENGETAHUI PENGIRAAN INI?
1. Jika kita ingin terminate ASBF kita, nilai principal yg sudah kita bayar kepada bank akan dipulangkan semula kepada kita.
2.  Semakin lama jangkamasa tempoh pinjaman, semakin tinggi nilai principal kepunyaan kita yg bank pegang. Principal ini akan hanya dipulangkan kepada kita apabila tamat tempoh pembiayaan 30 tahun, atau kita terminate pembiayaan tersebut.
3. Apabila cukup tempoh pembiyaan 30 tahun (360 bulan), kesemua jumlah RM200k yg dipinjam itu sudah menjadi milik kita (kesemua RM200k itu sudah bertukar menjadi principal dlm masa 30 tahun)

Rujukan:
http://www.accountingcoach.com/blog/what-does-it-mean-to-amortize-a-loan

No comments:

Post a Comment